Wednesday, November 19, 2008

Mati Hidup Semula

Seperti yg dirancang isnin lepas, pagi ni (19.11.08) tepat 7.30 pagi, aku cergas ke stadium mini pusat latihan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Bangi. Tujuan hanya satu, melihat aksi pasukan Selangor dlm perlawanan pre-season sblm aksi Liga Malaysia membuka tirai 3 Januari depan. Perlawanan yg menemukan Selangor dan Felda United ini berkesudahan berpihak kepada pasukan penganjur, Felda United (0-1). Kalah pon tkde hal la.. just pre-season..

Gambar 1: Selangor dan Felda United

Entri kali ni, aku tkde la nak cerita pasal game ni.. utk berita lanjut selak² la www.selangorfc.com.

ish... aku tgh kering idea nak menaip ni.. tkde idea.. tkde lontaran idea utk dikeluarkan..

ok, pelan² kayuh..

Merujuk kpd Entri di atas "MATI HIDUP SEMULA", bermula la sebuah kisah.. jeng3x..
Ape² hal pon, layan dulu lagu Jamal Abdillah ni.. ambik mood dulu.. hehe

Mati Hidup Semula
by Jamal Abdillah

Tak sudi memandang tidak mengapa
Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka

Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati

( korus )
Baru kukenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ayah ibu adik abang
Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang

Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa

aku ni takde la buat bende² yg karut marut spt. isi tersurat tersirat lagu ni. tp ada bite² lirik tersebut kena pada penceritaan kali ini. Nak dikisahkan, peluang yg terhidang untuk aku kali ni (secara tibe²) ibarat bulan jatuh ke riba pon ada.. tapi aku lagi senang mengibaratkan peluang ini seperti mati hidup semula... nape erk????

setahun lalu

"betol kamu nk pergi? nk tinggalkan 'line' ni??"
"betol, sy dah nekad"

"kamu tak menyesal? ingat kata² sy ni, kamu nk pergi, pergi la, tp sy jamin paling tidak dlm masa 6 bulan ni kamu akan menyesal"
"takpe, bagi sy rehat dulu, kalo ade rezki sy akan masuk balik 'line' ni"
"Jangan la ambik masa terlalu lama.berkarat nanti"

setahun kemudian (bulan lepas)

"kan saya dah kata.. " "nasihat saya, kalo kamu nak sirius dlm line ni, teruskan. jgn nk pesong² kat 'dunia' lain. buat masa ni try ambik ilmu² baru. tanam dlm diri, 'aku akan master dlm 6 bulan'. lepas pd tu kat mana² pon bole idup"

Syukur Alhamdulillah.. peluang kali ni, tkkan dipersiakan. harus tekad walaupun pelbagai cabaran akan dilalui. lain padang lain belalang... masalah harus ada dimana². atas kita mengatasinya dgn akal yg dikurniakan.

Semoga kalian mendoakan akan 'kepulangan' aku ini dicucuri kejayaan dan kerahmatan. tidak aku mengatakan 'dunia' yg lepas tiada harga. sepaling tidak ia telah mencoretkan satu kisah yg akan aku cerita kan pada cucu cicit aku nanti (cewaaaahhhh.. ). terima kasih atas segala pengalaman yg diberikan.. aku memohon maaf kerana aku tidak rela mengorbankan perjuangan aku selama 7 tahun begitu saja. terlalu ralat utk ditinggalkan.. sayang masih terlalu dalam...

aku ibarat, mati hidup semula.. (kene ke??)