Tuesday, July 29, 2008

RK Se7en

WELCOME TO ANFIELD
ROBBIE KEANE 7



Saturday, July 26, 2008

Gemuruh

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin keangkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti


Perutusan Raja Sehari

Muhammad Faiz Baharullah & Annisa Hj. Miskon
Ahad, 10 Ogos 2008
Kuala Selangor, Selangor DE

Mohd Faizal Sulaiman & Norfaiza Hj. Harun
Sabtu, 16 Ogos 2008
Seri Manjung, Perak DR

Muhammad Naufal Hj. Md. Salleh & Raudzatul Fathiyah Mohd Said
Ahad, 17 Ogos 2008
Sik, Kedah DA

Selamat Ulang Tahun Ke-72 FAS

PERSATUAN BOLA SEPAK SELANGOR (FAS) menyambut ulangtahunnya yang ke-72 pada 22 Februari 2008. Persatuan terulung bola sepak tanah air ini ditubuhkan pada tanggal 22 Februari 1936. Secara umumnya FAS bertanggungjawab menguruskan perjalanan pasukan Selangor dalam saingan Liga Malaysia, menadbir pembangunan bola sepak di peringkat negeri serta menyelia perjalanan liga-liga bola sepak tempatan di Selangor.

Usia 72 tahun FAS menampakkan kematangan persatuan itu apabila dianggap sebagai antara persatuan negeri terbaik di negara ini. Jawatan Presiden FAS kini disandang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr.Mohamad Khir Toyo manakala tugas-tugas harian pentadbiran persatuan diterajui Setiausaha Agung FAS, Hamidin Mohd. Amin. Ramai di antara tokoh-tokoh bolasepak negara pernah menjawat jawatan Presiden FAS antaranya, Bapa Kemerdekaan Tuanku Abdul Rahman dan Tun Hamzah Abu Samah manakala jawatan setiausaha pula pernah dimiliki individu terkenal seperti S Anthonysamy yang menjawat jawatan tersebut selama 25 tahun sebelum melepaskannya pada 1993 dan Hamidin sendiri. Hamidin mula memegang jawatan Setiausaha Eksekutif sejak 1995 bersama -sama Setiausaha Kehormat En Salleh Ahmad pada 1995 dan En Kudus Karim pada 1996 sebelum kedua-dua jawatan Eksekutif dan Kehormat itu digabung menjadi Setiausaha Agung di mana beliau diberi penghormatan untuk menjawat jawatan tersebut hingga kini.

Sepanjang penglibatan FAS mengendali bolasepak negeri Selangor, pelbagai pencapaian diraih di dalam dan di luar padang. Pasukan bolasepak Selangor sendiri menjadi pasukan paling berjaya dalam arena bola sepak tanahair dengan menjadi naib juara Piala Kelab Asia 1967 (kini digelar Piala AFC) di samping meraih 32 kejuaraan Piala Malaysia. Ramai pemain bola sepak berbakat turut diketengahkan melalui usaha FAS untuk menabur bakti kepada skuad negeri dan negara. Berikutan pelbagai kejayaan yang diraih, Selangor turut diberi penghormatan bermain di Stadium Merdeka sejak 1957 sebelum berpindah ke Stadium Shah Alam pada 1994. FAS sendiri diberi kepercayaan menjadi penganjur salah satu gelanggang yang digunakan pada Piala Belia Dunia 1997 di samping menganjurkan Pestabola Merdeka 2007 bagi pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Reputasi FAS tidak hanya gah di dalam negara apabila turut berjaya menarik perhatian beberapa pemain bertaraf antarabangsa untuk menyarung jersi Selangor antaranya penyerang antarabangsa England Tony Cottee (1997), pemain Arsenal dan Skuad Bawah 21 Tahun England Chris Kiwomya (1997), penjaga gol skuad Piala Dunia Czech 1982 (Karel Stromsik pada 1989-1991) dan Hungary 1986 (Peter Distzl pada 1994), penyerang skuad Piala Dunia Serbia Montenegro 1998 (Perica Ognjenovic pada 2006) dan penyerang Indonesia Bambang Pamungkas. Skuad Pilihan Selangor juga pernah mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab terkemuka seperti Boca Juniors (1982), Bayern Munich (1994), Dundee United (1994), Manchester United (1995) dan Middlesbrough (1996).

Di samping sistem pentadbiran dan pengurusannya yang teratur, FAS juga menjadi persatuan negeri yang pertama menyediakan penginapan di hotel (Hotel Carlton Holiday Shah Alam) sepanjang musim buat para pemainnya yang beraksi dalam Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia Bawah 19. Setelah berjaya mencipta nama di peringkat tempatan, seharusnya FAS memandang lebih jauh dan menyasarkan kejayaan di peringkat Asia pula.

sumber: www.selangorfc.com

New Adidas Liverpool FC Home, Away & 3rd Kit Season 08/09

Home kit

Away kit

3rd kit

2008/2009 LFC Euro Away Kit

2008/2009 LFC Euro away kit

Dah bertahun2 niat d hati nak beli jersey yg 'ORI'.. tp kena tunggu kicap cap tamin la jadi major sponsor utk Liverpool.. selagi C*RLSB*RG tertera kat jersey tu selagi tu la xkan dpt dibeli.. tapi sokongan kat team feveret sejak kecik ni seharusnya berterusan.. ekeke..

YNWA..

Sunday, July 13, 2008

My15ex

Earn $294,926.00 every year!

You have just made an important decision that is to start your financial journey in the internet with My15ex, since it is just $15.00 USD to join and you can earn $294,926.00, within 2 friends you invite to My15ex.

My15ex Member Benefits :

Affiliates Networking ads
- We and other Members will help you to earn in this program. Guaranteed!
- Receive $294,926.00 profits every year, just by referring 2 !
- No advertising or internet business experience required.
- Access to $5,000+ worth of Digital Products. - Click to view list -
- Your own referral URL instantly and automatically.
- FREE Unlimited Ad posting at our classified ads.

- We do website maintenance for you

- Unlimited 24/7 support

International Randomizer
For sponsorless visitos , system will automatically get paid member from the database to be his/her sponsor. And it makes you have chance to get free downlines from all over the world.

Re-entry ++ 1 Free Account
To guarantee every member has the same opportunities, Re-entry regulation will GUARANTEE that latest members will get the same profit as earlier members..
Each member who is expired his/her membership (1 year) has obligation to renew his/her membership by paying re-entry and will get 1 free Account as a bonus.

Don't waste your time anymore!
Join us! Reach PASSIVE INCOME and reach FINANCIAL FREEDOM!

Pagi 13 Julai 2008

subuh 5.48 pagi.. ade lagi setengah jam utk aku update blog di pagi2 buta ni.

Apehal la mata aku takleh nak lelap lak pagi2 ni. Kebiasaanye kalo weekdays kul 12 dah tentu padam punye. Tp arini lain la plak.. Sementara nak nunggu subuh ni, dan takde bende nak buat, aku just ngadap la pc ni ha.. susun balik file2 yg beterabur.. hard disk 160G ni pon dah tinggal 14G jer.. Ntah ape la yg aku donwload selama ni.. Sejak mula mengenali torrent 4thn yg lepas, aku rasa aku dah mula jatuh cinta dengan nya.. Ntah berapa ratus juta movie aku dah donlod. hehe.. Dan yang paling penting sejak percintaan aku ni berputik, dah takperlulah untuk aku beli DVD cetak rompak kat pasar malam dah (1 Movie = RM8, Kalo 200,000,000 Movies = kopak duit aku). Tapi kalo nak pikir2 balik, download movie kat internet pon kire rompak gak kan.. aaarrr.. LU PIKIR LA SENDIRI..

sports update:
Tranmere Rovers.. 0 vs. Liverpool.. 1 [Friendly Match]
N. Sembilan.. 1 vs. Selangor.. 2 [Malaysia Cup]

Thursday, July 10, 2008

UiTM Dalam Kenangan



DEPAN LAPTOP Julai 2008 - Walaupun aku tak dapat sambung belajar sampai ke England mahupun Jerman seperti rakan-rakan yang lain, aku tetap bangga menjadi warga UiTM.. UiTM Di Hati Ku

Saturday, July 05, 2008

The Sultan of Selangor's Cup

Stadium Shah Alam
Ahad, 6 Julai 2008
Tiket RM5.00/ SGD3.00

8.00 PM - Selangor Veteran vs Singapore Veteran

Selangor Veterans:
Santokh Singh, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Khan Hung Meng, Khalid Ali, Reduan Abdullah, Rashid Hassan, Ismail Ibrahim, Zolkifli Ahmad, Razali Alias, John Engkatesu, K. Gunalan, Yap Kam Choon, P. Dharmalingam, Ho Hon Seong, K. Gunasegaran, Kamarulzaman Yusof, P. Maniam, K. Rajagopal, Azlan Johar

Singapore Veterans:
Lim Chiew Peng, Samad Allapitchay, Dollah Kassim, Quah Kim Song, Robert Sim, Suria Murthi, Haslir Ibrahim, Terry Pathmanathan, Malek Awab, Sundram Moorthy, Yahya Madon, Syed Faruk, Abdullah Noor, D Tokijan, Razali Saad, Shamsudin Rahmat, Ho Kwang, Hock, Salim Moin, Fandi Ahmad, Kadir Yahya

9.00 PM - Selangor Selection Vs. S-League Selection

Selangor Selection:
Mohd Zaiza Zainal Abidin, Mohd Razman Roslan, Evans Chisulo, Elie Alboy, Frank Jean Seator, Mohd Safee Mohd Sali, R. Surendren, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, P. Gunalan, Abdul Ghani Abdul Rahman, Mohd Amri Yahyah, Mohd Fazilidin Khalid, D. Surendran, Mohd Fadzli Saari, Mohd Suffian Ab Rahman Kungi Raman, Megat Amir Faisal Al Khalidy Ibrahim, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Amirul Hadi Zainal, Muhammad Shukor Adan, Mohd Nasriq Baharom, Mohd Asraruddin Putra Omar, Safiq Rahim

S-League Selection:
Lionel Lewis, Razif Yahya, Noh Rahman, Noor Ali, Precious Emuejeraye, Faizal Hamid, Therdsak Chaiman, John Wilkinson, Daniel Bennett, Aleksandar Duric, Nustaqim Mansur, Aliimran Lomri, Sutee Suksomkit, Fahrudin Mustafic, Aliff Shafaein, Rafi Ali, Qiuli, Hasrin Jailani, Jufri Taha, Obidin Aikhena.

Gemuroh's prediction:
Selangor Veterans - 2
Singapore Veterans - 1

Selangor Selection - 1
S-League Selection - 4

Liverpool FC: Transfer Window (July 2008)

REDS SNAP UP DOSSENA

Liverpool have completed the signing of Italian full-back Andrea Dossena from Udinese. The left-back had been expected to make the move to Anfield for some time and he's now penned a four-year deal. Dossena, 26, replaces Norwegian John Arne Riise who left for Roma earlier this summer and joins for an undisclosed fee thought to be around £7million. He has been capped once by Italy, in a friendly last year.

Source: Transfer Centre

Friday, July 04, 2008

Cahaya Mata

Alhamdulillah..

Pada 03 Julai 2008, sahabat baik kita SHARUM SAHAK telah dikurniakan cahaya mata pertama, perempuan seberat 3 Kg di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star.

Tahniah Sharum, anda telah membuktikan anda adalah lelaki sebenar ! hehe..

We are born charming, fresh and spontaneous and must be civilized before we are fit to participate in society.
~ Judith Martin

p/s: Gambar tertera bukan anak Sharum Sahak, ntah mane aku ambik.. Kopipes jer..

Kembara England 3

Kami sekeluarga menetap di Lambton View. Aku ingat lagi poskod area tu LS8 5PE. Kami menyewa di sebuah rumah 4 tingkat kepunyaan sebuah keluarga berasal dari Pakistan. Mehboob nama tuan rumah tu (Ingat lagi beb) Tak ramai yang ada nama macam ni. Hehe.. Korang pun dah boleh imagine kan, kalau orang Pakistan (Muslim) boleh memiliki property kat area tu, makna kata area tu sebenarnya telah 'ditawan' oleh kaum kerabat meraka juga. Dalam kata yang lain, ramai la orang muslim berkelana kat area tu. Sumber makanan halal pun senang la nak dapat..

akan bersambung..

Kembara England 2

Bersambung..

Walaupun aku sebenarnya mempunyai 5 orang adik beradik (Ketika itu), tetapi hanya 4 orang sahaja yang mengikuti ekspidisi bapak aku ke sana untuk menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Pendidikan. Major in Mathematics.. (Ya, off coz la.. kami ni anak cikgu).
Time tu abang aku yang sulong (Ah Long) tak ikut, pasal bapak aku suruh dia ambik exam (PMR) kat Malaysia. Sian beb, tapi abang aku ni jenis hati kering gak la.. Kalau aku la, dah meronta-ronta nak ikut kut.. Result PMR abang aku tu kira ok2 la. Kalau mak bapak aku kat samping dia masa exam tu, 20A's pun abang aku boleh dapat. Tara tipu punya.. Yakin boleh.. Rakan muda.. (Ah long aku sekarang ni dah jadi pegawai dalam kat satu jabatan kerajaan.. Alhamdulillah.. jadi gak orang)

Untuk lebih tepat, sebenarnya bapak aku melanjutkan pengajian ke University of Leeds. Tempoh pengajian hanyalah 1 tahun. Jadi kesempatan untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam tempoh tu agak terhad. ok2 je la, bole la cakap sket2.. itu pon broken English je (Loghat Yorkshire). Aku rasa, kalau aku kat sane 2~3 tahun, mungkin aku mampu berbahasa inggeris dengan baik. Paling2 tidak pun dapat bercakap macam Mahathir Lokman, ok kot.. Hehehe..

to be continued..

Kembara England

September 1994 ~ September 1995.. Biarpun telah 13 tahun meninggalkan bumi England, kenangan-kenangan di sana agak susah untuk aku lupakan.. Ye lah.. Bukan senang nak dapat gi sana.. Tak ketahuan lah bila lagi berkesempatan untuk ke sana.. Tetapi aku akan terus menyimpan impian untuk kembali ke sana. Sebagai player Liverpool FC mungkin. (Ya, aku one of the The Kops die hard fan). Kata kan tidak pada Man Utd.. haha..

Kali ni, aku nak berkongsi la sedikit pengalaman aku yang tak seberapa ni. Biar pun hanya setahun, aku bersyukur. Tak ramai di antara kita berpeluang nak ke sana kan. At least aku dah sampai la jugak. Ada jugak lah bahan nak cerita.. Hehe.. Korang bila lagi? (Boleh la.. pergi dengan bapak dia !!!)

to be continued..

Tuesday, July 01, 2008

Keinsafan

'Keinsafan' merupakan lagu rock nyanyian kumpulan Krabat. Ini lah antara lagu dari zaman rock kapak yang masih aku minat sampai ke hari ini.. Dalam rock2 pun ingatan pada kematian dan kerendahan diri pada tuhan yg maha Esa tidak dilupakan.. Aku rasa, andai kata (betul ke tatabahasa ni) lagu ni diberikan kepada Ustaz Akil Hayy dengan new arrangement pun ok gak.. Confirm laris. Mesti Cik Pah jeles, pasal goreng pisang dia dah tak laris lepas ni. Bagi kat Mawi pun OK kira boleh la.. Ada lunak2 jantan di situ.

Krabat :: Keinsafan

Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Dingin terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia

( korus )
Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Pengasih Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahmu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukum dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini aku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
oh...

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu penangguhan
Buatku mengucapkan kalimah
Terakhir...

p/s: try lah dowload lagu ni kat mana2 yang boleh.. tak rugi beb.. layan

Penyair Cinta

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Alhamdulillah, hidup lagi kita hari ni.. masih terus bernafas. Masih mampu menelek blog khalifah Allah ni.. hehe.. Dan masih lagi mampu menikmati nikmat dunia kurnian Tuhan yang Maha Esa.

Sebagai permulaan dalam mem'blog'kan diri pada bulan Julai 08 ni, aku just nak 'kopipes' je lirik; Penyair Cinta nyayian kumpulan Gamma. Gamma merupakan kumpulan rock kapak yang se-angkatan dengan kumpulan rock 80'an yang lain seperti band Menara, Melissa, Mutiara dan Gersang. Secara peribadinya aku memang meminati genre muzik seperti ni. Lirik tangkap puitis.. Rock Kapak Never Dies.. hehe

Gamma :: Penyair Cinta

Aku memang tak segagah indera putra
Penuh sakti, kacak serta gagah berani
Tak sehebat Hang Jebat
Tak sesetia Hang Tuah
Tapi aku tetap aku

Aku ini bukan wira tidak juga
Sasterawan anugerah negara
Ku hanya penyair cinta
Dibuai impian bertemankan
Perasaan...

Bersenjatakan kertas dan pena
Kasih-sayangmu
Ingin rasanya kutawan
Tapi sayang hanya sekadar
Di dalam tulisan

Dalam kenyataan kenapa cintaku
Tak kau perhatikan kau anggap khayalan
Bagaimana harus ku membuktikan lagi
Agar kau percaya kata-kataku