Thursday, November 19, 2009

Flickr


DSC08433, originally uploaded by gungho@alpha.

Takde ape pon.. saje nk test upload gamba from flickr... for more pictures http://www.flickr.com/photos/gung-ho/

Monday, August 31, 2009

Mari Shalawat

Tobat Maksiat


dengarlah hai sobat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat

bukan ku sok taat
sebelum terlambat
ayo sama-sama kita taubat
dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat
astafighrullahal’adzim

reff:
ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuman satu kali

berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat ingatlah akhirat

cepat ucap astafighrullahal’adzim

pandanglah ke sana
lihat yang di sana
mereka yang terbaring di tanah
bukankah mereka
pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka

astafighrullahal’adzim

repeat reff

cepat ucap astafighrullahal’adzim

repeat reff

cepat ucap astafighrullahal’adzim
cepat ucap astafighrullahal’adzim

Friday, July 10, 2009

Aku pening


Nama aku joe..
aku adalah seorang pemain bola sepak professional yang menabur bakti utk sebuah pasukan bergelar TRICK FC. setelah tamat pertengahan musim, pasukan aku berada pada tangga ke 13/20. sekarang setiap pasukan bertanding dibenarkan utk menjual/ membeli pemain. lebih kurang mcm EPL january transfer window..

pada season lepas, pasukan aku berjaya menamatkan saingan di tangga pertengahan liga, tangga ke-12. sebuah pencapaian yg boleh dikira baik jika hendak diukur dgn masalah kewangan yg kami hadapi. selama 7 thn kebelakangan ini pasukan kami tidak memenangi sebarang kejuaraan yg dianjurkan. mmg kami agak kecewa, tp kami ttp akan terus mencuba yg terbaik.
kalo hendak diikotkan sejarah, dahulunya pasukan TRICK FC ini merupakan antara pasukan terbaik liga tempatan dan banyak menjuarai piala yg dianjurkan termasuk lah piala FA, piala liga dan juga piala cap ayam. tidak hairanlah jika pasukan ini pernah menjadi juara liga utk 8 thn berturut².. ini semua adalah kerana sumber kewangan yg mencukupi utk menanggung bayaran gaji pemain dan juga kos perjalanan utk ke venue pasukan lawan. seterusnya ia memberi motivasi kpd pemain utk mempamerkan kualiti permainan yg terbaik.
ketika aku masih kecil, aku telah mengikuti perkembangan pasukan ini drpd tv, radio, surat khabar, majalah etc.. dan pd waktu itu, aku telah menanam azam utk menjadi pemain yg akan menguatkan jentera pasukan ini.

Alhamduillah, kini aku telah berada selama setengah musim bersama pasukan ini. dan aku berjaya menempatkan diri dlm 1st eleven dan mnjadi player kepercayaan jurulatih dan seluruh pegawai pasukan. aku bukan lah pemain yg hebat pada mula nya. dan hingga saat ini aku masih lagi berlatih utk menjadi pemain yg superb seperti jurulatih pasukan aku iaitu cikgu tahir. pengalaman cikgu tahir dlm bola sepak mmg cukup luas. cikgu tahir telah menabur bakti bersama pasukan kebangsaan pada era kejaguhannya pada sekitar tahun 90an.. dan byk mencipta kejayaan termasuklah pernah mengetuai pasukan kebangsaan menjuarai piala benua sebanyak 3 kali. kisah kejaguhannya terus meniti di bibir2 para peminat bola sepak hingga ke hari ini.. kini setelah usia mencecah 50, en tahir masih lagi kuat dan bersemangat utk mmbentuk pasukan TRICK FC utk kembali disegani seperti dahulunya.

mungkin ada yg bertanya mengapa aku memilih pasukan ini sedangkan pengurusan pasukan ini megalamai masalah kewangan yg agak kritikal.. bg menjawab persoalan ini, mudah.. aku hanyalah seorang pemain bola sepak yg baru berjinak² dlm liga tempatan. mana mungkin ada pasukan yg mahu kan kudrat aku. ye lah mereka tidak tahu akan kebolehan aku dlm bola sepak. biarlah aku jadi kan pasukan TRICK FC ni sebagai batu lonjatan utk aku ke pasukan yg lebih hebat suatu hari nanti... mungkin juga aku akan ke Liverpool. insyaAllah..

aku cukup kagum dgn cikgu tahir. dia merupakan jurulatih yg baru dilantik pada awal season ini. nk senang cerita kami adalah antara muka baru yg dipilih utk mewarnai pasukan ini. walaupun cikgu tahir mengetahui akan permasalahan kewangan pasukan ini, dia tetap mahu menaburkan bakti dan ingin membawa pasukan ini kembali kelandasan yg betul.. cikgu tahir byk mencorak kan cara permainan aku khasnya. pemain² lain juga senang dgn cara cikgu tahir membentuk pasukan yg bole dikira mentah ini kerana kebanyakan pemain yg berpengalaman telah berhijrah ke pasukan lain..

aku juga tidak terlepas drp gosip² perpindahan ke pasukan lain. aku agak terkejut juga apabila dikaitkan dgn sebuah pasukan bawahan liga IBLOT FC. IBLOT FC baru shj dibeli oleh seorang jutawan arab. dgn dana yg besar, pasukan dilihat mampu utk bersaing dlm liga. biarpon ketika ini berkedudukan pada tangga ke-18 liga, pembelian oleh jutawan arab ini mampu mengubah masa depan pasukan ini. beberapa nama besar turur dikaitkan termasuk lah MUTH, BALA, CHIN HUN dan ramai lagi. mereka ini adalah antara pemain yg berpengalaman dan berharga dlm liga tempatan.

khabar angin akan permindahan aku ini mmg mengganggu akan persiapan aku bersama TRICK FC.. kasih syg aku terhadap pasukan TRICK FC ini begitu menebal. pasukan ini lah yg membentuk/ mencorak aku menjadi antara pemain muda terhebat ketika ini.

akhirnya khabar² angin ini menjadi kenyataan apabila aku dihubungi oleh ketua jurulatih IBLOT FC ini. tawaran nya begitu menarik menarik d bommm.. gaji yg ditawarkan terlalu cantik utk ditolak. aku dah mula pening memikirkan permasalahan ini. TRICK FC aku syg, tawaran IBLOT FC ini pon aku xnak lepaskan.. ape harus aku lakukan.. aaahhhhhhh..... dari segi kewangan, sememangya IBLOT FC kini tampak lebih kukuh drp TRICK FC. org ckp, ade duit sume bende bole jadi. lihat spt di eropah, real madrid sanggup berbelanja besar utk menjadi pasukan yg hebat.. akan ttp kedudukan IBLOT FC yg sering shj menduduki tangga bawahan liga memberi pandangan yg negatif utk para pemain berhijrah ke pasukan ini. di ibaratkan pasukan ini seperti manchester city di liga perdana inggeris. duit banyak, tp tiada nama² besar mahu bermain di sana. adakah aku akan terus kekal di TRICK FC atau aku akan berhijrah ke IBLOT FC??? antara loyalty dan masa depan?? mana lebih penting??? cikgu tahir??? jutawan arab???

Wednesday, June 24, 2009

Guna Sebelum


Salam berbahagia semua sahabat..


lama tidak menjenguk blog ni.. sawang dok ade merata.. meh pinjam kan aku penyapu lidi, bagi aku bersihkan ape yg patut..
jangan lupa air kat toilet tu.. jgn lupa tutup paip.. melimpah kan membazir.. nnti tlg skali boh ajax fabulloso tu.. boh 2 cawan cukup.. mop kasi bersih tau..
ada masa terluang ni, jenguk2 la page frenster kwn2 sume.. byk dah yg berubah.. dulu 1 skrg dah berdua.. dulu 2, skrg dah tambah lagi 1.. yg pasti sume pon tgh bahagia dgn keluarga masing.. yg baru bertunang tu, cepat2 la proses nikah nye.. awek yg aku dok puja² selama ni pon dah bertunang.. congrates CiqT.. org lawa² ni mmg cepat disambar org.. haha.. semoga berbahagia ke akhir hayat.. jgn lupa ajak aku masa kenduri kawen nanti..

Thursday, June 11, 2009

Wali Band - Cari Jodoh



Apa salahku Apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

Timur Ke Barat
Selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

Reff
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku
aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
karena cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-Pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasiani aku
Tolong cari diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau


Friday, May 29, 2009

Daddy



Amacam power tak daddy main season ni? Cilaka punya Man Utd, main xla best mana.. tau² jadi juara liga.. tp daddy lega, depa kalah dgn barcelona.. ekekeke.. mmg team furgeson tu tak layak nk jadi juara eropah.. jom lepas ni ikot daddy, kita p pekena ice cream perisa durian.. lama daddy tak makan.. mummy suka makan tu dulu² masa dating ngan daddy.. moh kite..



Tuesday, May 26, 2009

Jangan Lupa Bayar Bil Telefon

Anda,

dihantar jauh ke hujung dunia.. dunia yg terlalu baru.. jauh dipendalaman.. di saat itu muncul 1 masalah.. haha.. handphone plak tak boleh nak call out.. nak sms pon lagi la tak boleh.. ber-puluh² sms tak berbalas.. ber-puluh² miss call tak ter 'return call'... nak carik public phone kem salam la.. aduhhhhai..

kehidupan terus tertekan..

org kata kalo handphone tertinggal kat umah pon, kita sanggup patah balik. tp kalo dah patah balik hanphone takde credit, nak buat apa?? lu pikir la sendiri..

moral of d story - kalo nk jalan jauh² tu jgn lupa bayar bill telefon. kalo dah kene sekat kan dikira satu penyeksaan.. nak tanya khabar anak² pon susah..

Sunday, May 24, 2009

Nyanyian Pelepas Tekanan




orang kata kalo kita tensen² sangat, gi lah menyanyi/ karaoke. ikot korg la nak melalak gaya mcm mana pon.. nk terjerit sane sini, lantak lah.. janji hidup x stress.. kalo x nti darah bole naik maaaa.. kat sni aku upload kan salah satu video; kenangan masa zaman² kami menuntut ilmu masa kat universiti dulu.. mmg jarang la dpt kumpul ramai² ni.. tp skali berkumpul, dah jadi mcm org gile.. ha ha ha.. kenangan bersama korg xkan dpt aku lupakan.. kahar ha ha ha..

Perutusan Raja Sehari





MAJLIS RESEPSI

NORAZIAN BT SUBARI A.K.A YANN
&
MOHD HAFIZ BIN ISHAK A.K.A JAMPOK

Sabtu, 13 Jun 2009 (19 Jamadilakhir 1430H)
Ahad, 14 Jun 2009 (20 Jamadilakhir 1430H)

ULU TIRAM, JOHOR DARUL TAKZIM

Tiket: RM300/ RM 200/ RM50/ Peti ais samsung 8 pintu/ Sony Plasma 34"
Untuk mengetahui persiapan terkini pengantin sila taip (SMS) YAN dan hantar ke !@#$%

Thursday, May 21, 2009

20sen, kek lapis dan katak


apsal la streamyx ni lembap sgt.. nk update blog pon susah.. ke server 'blogger' ni yg lembap.. lama giler nk loading.. siot jer.. setelah sekian lama x meng-update, arini aku ambik sket masa utk menulis.. sebenarnye lama dah jari jemari ni mula menggatal utk kembali mem-blog kan diri, tp hati se-akan menghalang.. haha.. dulu bole la kata xde internet kat umah, susah nk update. nah, skg ni dah ade internet streamyx yg lembap ni pon ssh gak nak mem-blog.. byk kisah sebenarnye aku nk kongsi kan bersama makhluk² yg sudi jengok blog aku ni.. dari kisah F1 sepang 2009 hinggalah ke kisah gadis kebaya berwarna merah (penunggu highway).. aku dah mula seram nk menaip ni.. Subhanallah.. Allahu akhbar..


haha..

takmo aku tulis cite hantu kat sini.. mau tak tido plak korg.. haha.. nak tulis kisah F1 tu pon aku dah malas.. idea dah semakin hilang dan tandus.. mane tak nye nk dekat 2 bln race tu brlagsung (5 April 2009).

nk cite pasal hari ibu kot.. ermmm.. takde idea la plak.. but for sure, Mak.. you always be the best woman in my life..

cite pasal hari cikgu? cikgu yg mane 1 aku nk cite kan ni.. cikgu tadika, sorg pon aku x ingat nama. sori ustzah.. (tadika islam USM, penang 1987-1988)

ok la, aku mulakan dgn cikgu skolah rendah.. aku xde la nak cite sume2 cikgu2 tu.. tp aku akan pilih cikgu yg kekal terus dlm benak kepala otak aku ni..

cikgu darjah 1, cikgu huzaimah.. aku rasa cikgu ni ade lagi kat sekolah rendah aku tu.. ntah bile la nk pencen..

kisahnye bermula disini. dulu aku pernah try lari dari kelas pasal x puas hati ngan bapak kawan aku tu.. ade ke aku yg budak 7 thn ni dia nak marah². dia kata aku ambik duit anak dia. aku ingat lagik.. time tu anak dia, nama hafiz.. nama mamat ni pon aku ingat.. nama bapak dia tu pon aku ingat.. tp malas nk tulis (pasal bapak dia pon dah pencen aku rasa - hormatilah org yg dah tua).. pasal kes anak dia hilang 20sen, bapak dia bole dtg skolah cari sape yg punye angkara ambik/curik duit ade dia.. time tu aku on d way ke kelas lepas makan kat kantin. pastu aku nampak bdk² berkurumun depan kelas. aku pon berlari2 anak ke tempat kejadian, dgn harapan aku akan setel kan ape jua masalah yg berlaku.. aku dari kecik mmg ade sifat sebegitu hingga lah ke saat ini.. nk jadi hero la konon.. tp ape yg aku tak berapa nk ingat apsal si hafiz ni tuduh aku yg ambik.. adoi yai.. aku tak ambik la dol.. yg bapak dia pecaye bulat² pon sengal.. time tu sorang cikgu pon xde.. tp depan pintu kelas ni dah kecoh2.. at last aku pon kene la marah ngan bapak si hafiz ni.. budak kecik, kene marah confirm la nangis kan.. haha.. aku aku rasa aku tak nangis kot time tu, cuma air mata je kot ade leleh sket².. haha..


waktu rehat pon dah habis.. kringgggggg.. cikgu huzaimah ni pon masuk la kelas nk sambung mengaja.. subjek ape aku tak ingat. cikgu huz ni la yg menyetel kan keadaan.. lepas keadaan dah clear, budak² pon masuk kelas. bapak si hafiz ni pon bla, ntah g mane aku xtau.. g report polis kot.. haha.. 'kes kehilangan duit sejumlah 20sen'. masa cikgu huzaimah ni nk mulakan mengajar, aku dah rasa tak seronok. hati aku dah kecik kene marah ngan org tua ngok ngek tu.. aku kemas² beg. aku terus keluar dari kelas, dgn harapan nk mencari ketenangan kat umah.. umah aku dari sekolah ade la 7km.. aku akan menapak hingga ke pintu rumah.. pengeluaran aku dari kelas tak disedari oleh cikgu. bile aku kat muka pintu belakang, ade sorg bdk ni "cikgu, amin keluar kelas". aku tak ingat sape. ketua kelas aku kot. ntah jadi ape skg mamat ni ye. ketua polis negeri kot. ketika aku melalui berjalan keluar ke pintu gate skolah aku diekori oleh seorang gadis. aku lupe sama nama minah ni.. tp yg pasti dia budak kelas aku jugak.. aku rasa dia nk pujuk aku jgn pegi kot.. sungguh baik akan gadis ini. tp dimana dia skrg aa? adakah sudah beranak pinak.. aahhhh.. aku jua yg terlepas.. haha.. kerana ego seorg lelaki, aku meneruskan perjalanan. tp kali ini aku disekat oleh cikgu huzaimah.. setelah kurang lebih 5 minit berlaku adengan tarik menarik beg skolah antara aku, gadis itu dan cikgu huzaimah, akhirnya aku tewas di tangan 2 wanita. ntah ape ayat diorg gune, aku tewas dan kembali ke kelas.. terima kasih cikgu. kerana anda lah saya berada di sini..

tp ape yg aku tak puas hati sape la yg curik/ambik duit si apis ni.. yg bapak dia tu pon 1, ape ke hey nye bdk hingusan 7 thn pon nak dimarahnye.. kalo skg ni aku seorang detektif, aku akan siasat balik kes ni. sape yg mangkok yg sanggup mencuri duit si apis tu.. kan si budak apis tu x dpt makan nasik lemak time rehat.. apis aku mintak maap, tp sedarlah kau bhw bkn aku yg ambik. tp kalo nk aku ganti jugak, aku tak kisah. 20 sen tu aku akan bagi gak kat ko.. can you do me a favour pls.. tlg fwd no akaun maybank ko.. mlm ni jugak aku transfer..

budak yg ambik 20sen tu aku rasa dah jadi jutawan.. mungkin dah pakai kete ferari. rumah banglo besar ade swimming pool.. perhh besar rumah mamat ni.. ade kilang perabot. ladang kuda.. ade taman tema sendiri.. perhhh..pastu sat lagi detektif conan datang buat siasatan.. habih lingkup la ko.. dipenjarakan akan kes tuduhan mencuri wang sejumlah 20sen.. hukuman penjara se-umur hidup.. subhanallah... bini ko sape nk jaga?? aku jugak???

ok la kisah sempena hari cikgu cukup la sampai disini.. kisah cikgu sekolah menengah akan disambung di keluaran akan datang.. nama cikgu nye ialah cikgu maimun.. kenape aku pilih dia utk diceritakan? ermmm.. tggu aje la.. hehe..

dek kerana idea utk menaip masih berada pada tahap 'good', aku akan meneruskan penaipan ini. dlm mggu ini jugak aku berkesempatan ke sarawak atas urusan yg tak perlu aku ceritkan di blog ini, kerana ia nya terlalu peribadi. private n confidential. haha.. ia melibatkan untung naseb beberapa khalifah Allah di muka bumi ini. dan aku akan terus mgharap kan akan kebaikan terus dikurniakan kepada kami.. tp yg pasti membeli kek lapis di dayang salhah (DS) jua mnjadi agenda yg tidak disengajakan. org dah ajak, pegi aje la.. org sane cakap harga kat DS adalah yg termurah kat sarawak. tambah mereka lagi org semenanjung byk ke tempat kejadian utk membeli kek yg menjadi lambang kekretifan warga bumi kenyalang..

dlm dok menikmati laksa sarawak, tepon aku bebunyik.. kringgggg.. dipendekkan cerita, ade 1 company ni, dia panggil aku for interview. yg aku pelik bin hairan mcm mane dia dpt resume aku padahal aku tak pernah pon apply. mgkin yg call tu kerani kot. bile aku tanye, dia tergelak² menandakan dia pon xtau.. "bos sy soh call, sy call aje la". company ni bole tahan jugak la besar dan kekuhuhannya.. lepas pada tu aku call la kenalan² yg bekerja kat company tu. diorg ckp company tu nk carik engineer tu jaga projek kat belah timur tengah.. cam best je bunyik nye.. kalo dia punye benefit bagus mantap, why not kan. carik pengalaman baru.. kalo offer nye kurang lebih je cam company skg ni, baik aku stay je. company skg ni pon, aku baru je keje 6 bln.. asik nak lompat² je.. dah mcm katak.. haha.. tp kalo duit nye pasal, katak pon katak la.. haha..

ok la.. diri perlu disiap kan.. CV perlu di update-kan.. byk bahan bacan perlu dibaca utk mencarik maklumat.. doa kan kejayaan aku..

adakah aku akan ke bumi arab?

Thursday, May 14, 2009

TAKEN


I DON'T KNOW WHO YOU ARE...

I DON'T KNOW WHAT YOU WANT...

IF YOU ARE LOOKING FOR A RANSOM,
I CAN TELL YOU I DON'T HAVE MONEY...

BUT WHAT I DO HAVE,
ARE A VERY PARTICULAR SETS OF SKILLS.

SKILLS I'VE ACQUIRED
OVER A VERY LONG CARRIER.

SKILLS THAT MAKE ME A NIGHTMARE
FOR A PERSON LIKE YOU.

IF YOU LET ARIANA GO NOW,
THAT'LL BE THE END OF IT.

I WILL NOT LOOK FOR YOU,
I WILL NOT PURSUE YOU.

BUT IF YOU DON'T, I WILL LOOK FOR YOU.

I WILL FIND YOU...

...AND I WILL KILL YOU!!!

Sunday, May 03, 2009

Lawak Cipan 4



Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya..

"Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? Apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab,
"Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk.. dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakak tua. Jadi sekarang ini aku keliru... jangan2 kamu adalah anakku."

Picture of the day


seronok aku tgk gamba ni.. wakaka.. walopon zaman ni aku masih kecik lagi tp aku masih merasa kehangatan liga tempatan pada masa tu.. dah tak mcm sekarang.. perlawanan liga dah x semeriah dulu.. harap final je la kalo stadium nk penoh pon.

gambar: credit to Nanana_81 [selangorfc]

Thursday, April 16, 2009

Tuesday, April 14, 2009

14 April 2009

14 April 2009 8.31 pm : masih terus terduduk di opis menyiapkan tender projek Matunggong, Sabah Sekian.

Sent via BlackMarket from Me

Friday, April 03, 2009

Peluang kerjaya dalam bidang PERTAHANAN?

Bantu skuad negara dalam membanteras jenayah.

Syarat-syarat:
1. Bumiputra dan bukan bumiputra
2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM
4. Berumur diantara 18-30 tahun

Kelebihan:
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Cola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM450
6. Dobi RM200
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas

Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 05 April 2009 di Jabatan Pertahanan Awam.

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.


LAMPIRAN SILA KE BAWAH.










Jawatan:
1. Power Rangers
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon (wanita shj)
5.SURIA PERKASA HITAM (Cawangan Jepun)

LAWAK CIPAN EDISI 3 APRIL 2009 : CERITA DATANG BULAN

Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya menceritakan peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan di sekolah.
Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. "

Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.

Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."

Sent via BlackMarket from Me

Thursday, April 02, 2009

try lagi

Cubaan tak men-jadi.. aku try cara lain plak.. tgk jadi ke tak..

PERCUBAAN KALI KE-DUA PULAK

 Kali ni aku nak try up-load photo pulak.. up-date guna email ni..

 

DSCN8377.JPG

 

Percubaan yang baru.

Salam semua,

Takde ape yg nak dikongsi-kan untuk masa ini. Aku cuma ingin meng-aplikasi-kan tips² meng-update blog melalui email. Saja nak cuba². Terima kasih Radio Bernama 24 bersama Pa'at. Banyak info berguna yg disalurkan. Aku sejak dua menjak ni selalu la dengar Radio Bernama 24 ni tiap² hari masa gi ngan balik keje. Kalo nk dgr pasal info ICT ni, jgn lupa on radio 24 jam 7.46 pagi.. haha.. aku kira mem-promo-kan jugak la radio ni..

Dulu masa radio 24 baru launch aku selalu gak la dgr. Tp dek kerana byk sgt tangan telah menyentuh kesucian radio kereta aku, frekuensi radio 24 ni pon ntah kemana. Radio aku ni pon satu hal. Dia tak reti nak auto tuning. Mmg xkan dpt channel punye.. bengong.. bln 10 ni tukar radio baru la.. tggu duit kutu.. haha..

Skg ni jam 5.30 pagi, aku kat opis dok buat keje lagi. Mcm posting yg sudah².. keje tak tentu hala..

Ok geng, aku chow dulu.

Ini lah percubaan kali pertama aku meng-update blog menggunakan email. Selamat men-cubo!!!

Sunday, February 22, 2009

22 February 2009

tup tap tup tap... dah 3 bln lebih dah aku keje kat tempat baru ni.. so far so good la.. keje mmg byk. tp suasan opis yg harmoni (kot la) mmbuatkan keje tkde la pressure sgt. even kalo kene panggil keje sabtu ahad pon aku tk tolak.. tp dlm hati, "bangla pon cuti pe hari ahad".

Sunday, January 18, 2009

Aku terus di sini


Aku keje 8 hari seminggu. tak mcm org² lain.. perhh.. letih zahir batin.. Hari ni hari Ahad. (18 Jan 09) patutnye aku patut dok rumah layan movie ke main game ke atau pusing² pekan carik kacang cap helang.. tp ini-lah yg tak patut-nye. aku masih lagi kat opis. menyiapkan kerja yg sememangye tak tersusun dan bersepah.. "sabtu kan i dah keje, takkan ahad pon i nak keje lagi?" "alaaa.. relax la, nnti bos belanja Mc'D" (??????????????) BOIKOT!!!!!!

BN kalah lagi ke??

Wednesday, January 14, 2009

Aku masih di sini

Sekarang jam menunjukkan jam 3.31 pagi.. 14 January 2009.. aku masih lagi kat opis. Menyiapkan tender yg ntah bile nak siap.. rasa pening, ngantuk, lemau, lapar sume ade.. tkpe la, korang tido la dulu, nnti tengahari aku balik aku qada' sampai esok pagi.. selamat pagi.. jam dah pon 6.33 pagi (lebih kurang 3 jam aku meninggalkan keyboard setelah menaip ayat yg pertama).


tolong jangan buat ayat tergantung !!!

Sunday, January 11, 2009

Exhausted !!!


Aku bukan-nye mechanism VCB !!!
ye.. aku mmg bukan.. 100% tk sama !!!
tp ape susah.. kita yg buat dia, VCB tu la..

sekian...

Perutusan Raja Sehari



Majlis Resepsi: Om Natasha & Jack
Sabtu, 31 January 2009 (14 Safar 1430H)
Pandan Jaya, Kuala Lumpur
Tiket: RM300/ RM 200/ RM50/ Peti ais samsung 8 pintu/ Sony Plasma 34"
Untuk mengetahui persiapan terkini pengantin sila taip (SMS) OM dan hantar ke !@#$%

Lawak Cipan 3


Pada suatu hari Pak Pandir pergi ke sebuah pusat membeli belah dan melintasi sebuah restoran Ayam Goreng. Dia berhenti sebentar, dilihatnya pada dinding kaca restoran tersebut tertulis papan iklan berbunyi "MAKAN SEKARANG, CUCU ANDA YANG AKAN BAYAR".

"Hah...? biar betul nie," Pak Pandir melihat ia sebagai satu kesempatan. Maka masuklah ia ke restoran tersebut dan memesan sebanyak-banyaknya, makan sampai puas. Setelah selesai, ia segera hendak berlalu dari tempat tersebut.

Tapi belum sempat ia keluar dari pintu restoran dia telah dihadang oleh seorang pelayan dan menyerahkan padanya bil makanan.

Pak Pandir: " Macammana nie, di papan iklan tertulis Makan Dulu, yang bayar nanti cucu saya."
Pelayan: " betul encik, tapi encik lihat dulu bilnya. Ini bukan bil makanan yang encik makan tadi. Ini adalah bil makanan datuk kepada encik!"