Friday, July 10, 2009

Aku pening


Nama aku joe..
aku adalah seorang pemain bola sepak professional yang menabur bakti utk sebuah pasukan bergelar TRICK FC. setelah tamat pertengahan musim, pasukan aku berada pada tangga ke 13/20. sekarang setiap pasukan bertanding dibenarkan utk menjual/ membeli pemain. lebih kurang mcm EPL january transfer window..

pada season lepas, pasukan aku berjaya menamatkan saingan di tangga pertengahan liga, tangga ke-12. sebuah pencapaian yg boleh dikira baik jika hendak diukur dgn masalah kewangan yg kami hadapi. selama 7 thn kebelakangan ini pasukan kami tidak memenangi sebarang kejuaraan yg dianjurkan. mmg kami agak kecewa, tp kami ttp akan terus mencuba yg terbaik.
kalo hendak diikotkan sejarah, dahulunya pasukan TRICK FC ini merupakan antara pasukan terbaik liga tempatan dan banyak menjuarai piala yg dianjurkan termasuk lah piala FA, piala liga dan juga piala cap ayam. tidak hairanlah jika pasukan ini pernah menjadi juara liga utk 8 thn berturut².. ini semua adalah kerana sumber kewangan yg mencukupi utk menanggung bayaran gaji pemain dan juga kos perjalanan utk ke venue pasukan lawan. seterusnya ia memberi motivasi kpd pemain utk mempamerkan kualiti permainan yg terbaik.
ketika aku masih kecil, aku telah mengikuti perkembangan pasukan ini drpd tv, radio, surat khabar, majalah etc.. dan pd waktu itu, aku telah menanam azam utk menjadi pemain yg akan menguatkan jentera pasukan ini.

Alhamduillah, kini aku telah berada selama setengah musim bersama pasukan ini. dan aku berjaya menempatkan diri dlm 1st eleven dan mnjadi player kepercayaan jurulatih dan seluruh pegawai pasukan. aku bukan lah pemain yg hebat pada mula nya. dan hingga saat ini aku masih lagi berlatih utk menjadi pemain yg superb seperti jurulatih pasukan aku iaitu cikgu tahir. pengalaman cikgu tahir dlm bola sepak mmg cukup luas. cikgu tahir telah menabur bakti bersama pasukan kebangsaan pada era kejaguhannya pada sekitar tahun 90an.. dan byk mencipta kejayaan termasuklah pernah mengetuai pasukan kebangsaan menjuarai piala benua sebanyak 3 kali. kisah kejaguhannya terus meniti di bibir2 para peminat bola sepak hingga ke hari ini.. kini setelah usia mencecah 50, en tahir masih lagi kuat dan bersemangat utk mmbentuk pasukan TRICK FC utk kembali disegani seperti dahulunya.

mungkin ada yg bertanya mengapa aku memilih pasukan ini sedangkan pengurusan pasukan ini megalamai masalah kewangan yg agak kritikal.. bg menjawab persoalan ini, mudah.. aku hanyalah seorang pemain bola sepak yg baru berjinak² dlm liga tempatan. mana mungkin ada pasukan yg mahu kan kudrat aku. ye lah mereka tidak tahu akan kebolehan aku dlm bola sepak. biarlah aku jadi kan pasukan TRICK FC ni sebagai batu lonjatan utk aku ke pasukan yg lebih hebat suatu hari nanti... mungkin juga aku akan ke Liverpool. insyaAllah..

aku cukup kagum dgn cikgu tahir. dia merupakan jurulatih yg baru dilantik pada awal season ini. nk senang cerita kami adalah antara muka baru yg dipilih utk mewarnai pasukan ini. walaupun cikgu tahir mengetahui akan permasalahan kewangan pasukan ini, dia tetap mahu menaburkan bakti dan ingin membawa pasukan ini kembali kelandasan yg betul.. cikgu tahir byk mencorak kan cara permainan aku khasnya. pemain² lain juga senang dgn cara cikgu tahir membentuk pasukan yg bole dikira mentah ini kerana kebanyakan pemain yg berpengalaman telah berhijrah ke pasukan lain..

aku juga tidak terlepas drp gosip² perpindahan ke pasukan lain. aku agak terkejut juga apabila dikaitkan dgn sebuah pasukan bawahan liga IBLOT FC. IBLOT FC baru shj dibeli oleh seorang jutawan arab. dgn dana yg besar, pasukan dilihat mampu utk bersaing dlm liga. biarpon ketika ini berkedudukan pada tangga ke-18 liga, pembelian oleh jutawan arab ini mampu mengubah masa depan pasukan ini. beberapa nama besar turur dikaitkan termasuk lah MUTH, BALA, CHIN HUN dan ramai lagi. mereka ini adalah antara pemain yg berpengalaman dan berharga dlm liga tempatan.

khabar angin akan permindahan aku ini mmg mengganggu akan persiapan aku bersama TRICK FC.. kasih syg aku terhadap pasukan TRICK FC ini begitu menebal. pasukan ini lah yg membentuk/ mencorak aku menjadi antara pemain muda terhebat ketika ini.

akhirnya khabar² angin ini menjadi kenyataan apabila aku dihubungi oleh ketua jurulatih IBLOT FC ini. tawaran nya begitu menarik menarik d bommm.. gaji yg ditawarkan terlalu cantik utk ditolak. aku dah mula pening memikirkan permasalahan ini. TRICK FC aku syg, tawaran IBLOT FC ini pon aku xnak lepaskan.. ape harus aku lakukan.. aaahhhhhhh..... dari segi kewangan, sememangya IBLOT FC kini tampak lebih kukuh drp TRICK FC. org ckp, ade duit sume bende bole jadi. lihat spt di eropah, real madrid sanggup berbelanja besar utk menjadi pasukan yg hebat.. akan ttp kedudukan IBLOT FC yg sering shj menduduki tangga bawahan liga memberi pandangan yg negatif utk para pemain berhijrah ke pasukan ini. di ibaratkan pasukan ini seperti manchester city di liga perdana inggeris. duit banyak, tp tiada nama² besar mahu bermain di sana. adakah aku akan terus kekal di TRICK FC atau aku akan berhijrah ke IBLOT FC??? antara loyalty dan masa depan?? mana lebih penting??? cikgu tahir??? jutawan arab???