Monday, September 29, 2008

Mari Belajar Bahasa Malaysia: Part I


TIDAK DUDUK

TIDAK LEPAK
DISINI


Aku kurang faham statement di atas.. ade sape² bole tolong explain.. cikgu aku dulu² tkde plak penah ajar buat ayat mcm ni..

BAHASA JIWA BANGSA

Yang pasti, skrg ni security pon byk bangla, myanmar, indon, slovakia, rep czech etc (byk mengarut drpd fakta) so mmg tkde jiwa dlm berbahasa la.. kot..

Sunday, September 28, 2008

Keratan Pilihan

Kali ni aku nak buat 1 'pembaharuan' dlm blog aku.. aku akan attach kan mane² keratan akhbar yg menarik pd pandangan aku. keratan yg pastinya memberi input mahupun maklumat berguna kepada semua.. kali ni keratan bercorak keagamaan menjadi pilihan.. selamat semuanya..

~ sumber: Mingguan Malaysia, Ahad 28 September 2008

Wednesday, September 24, 2008

Majlis Berbuke Pose Lagi @ Hj. Samuri Satay Kajang

Hari ni (24 September 08), sekali lagi majlis berbuke pose dilangsungkan dgn jaya nyeeee... kali ni atas kelolaan geng² seksyen 24 (geng² umah sewa masa diploma) yg dikepalai oleh Azizi & wife.

Atas cadangan yg tanpa penutup mahupun tiada persetujuan drpd AJK tertinggi, Satay Hj. Samuri Kajang menjadi 'port' pilihan. Lama tk jumpe diorg².. tau² masing² dah bawak baby.. adoi yai.. bile turn aku plak ni? mcm biasa "aku dah bukak diari sampai 2010, tp still tkde tarikh lagi" hehe..

ok geng, tutup cerita.. haha.. nikmati gambar² di bawah.. ada masa kita gathering ramai² lagi.. mungkin masa tu aku plak bawak baby.. hehe.. doa banyak².. AMIN.

Pic 1: Apes dgn gaya mengurat budak kecik umor 8 bulan.

Pic 2: Nak senyum pon sorok gigi ko yang 'tu' wan.. bisa mengiurkan gadis² sunti.. "ape nak buat, kita kan bujang pingitan" hehe

Pic 3: Azizi & wife (kepala program)

Pic 4: Apai & pasangan (kalo site mirror kete Proton korang ade problem, attack mamat ni. Dia bertanggungjawab atas segalanya)

Pic 5: Wak Yahya , wife & baby (Ryan).. Nama dah macam wing kiri Man Utd.. You'll Never Walk Alone !!

Pic 6: "Din apsal pipi budak ni tembam semacam.. takpe, biar aku kaji"

Pic 7: Ape yg ko tenung tu Zie ??? Man Utd 1 - Liverpool 2 ???

Pic 8: Meh kat uncle.. Try lagi Zie.. kasi Pulun.. ade Rezki nanti ade la tu.. dah gi ngurut?? errr....

Pic 9: Macam mane artis bole dok se'table' ngan kite ni... Ni Zack Zaidi kan?? err.... Muwahahaha..

p/s: gambar ade banyak lagi.. aku tkde mase nak upload sume.. muwahaha.. kalo mau kasi email.. tu pon aku akan sent kalo ade mase.. muwahaha..

Tuesday, September 23, 2008

Sunday, September 21, 2008

Majlis Buke Pose @ Deli Nasi Lemak

Dikesempatan ni aku lampirkan wajah² riang sahabat² ku masa majlis bukak pose @ Deli Nasi Lemak, Sunway Piramid.. Tq pd mate a.k.a tokei kedai.. next year bole buat lagi.. hehe.. kesedapan rasa aku bagi 9.5/10..

Semoga berjumpa lagi di 'open house' bulan depan.. sape yg nk volunteer nak jamu kawan² bulan Syawal nanti, sila letak nama kat bawah ni.. hehe
  1. ......................
  2. Wak Pijol
  3. ......................
  4. ......................
  5. Farouk & wife
  6. ......................
  7. ......................
  8. Art & As
  9. ......................
  10. ......................
Berdiri dari kiri: Mohsein, Amin, Usop, An, Wak Pijol, Farouk, Mate (tokei kedai), Art, Bob, Asabi, Pet, Acai, Ateng & Lebam.
Duduk dari kiri: Zam, Emek, Suhaila, Amiza (wife farouk), Maz (tunang Zam), As (wife Art), Pdot & Yusri
.
Tiada dalam gambar: Pojie & Shai (pasangan bahagia)

Friday, September 19, 2008

Rahsia Kiraan Tarikh Lahir

Ada apa dgn tarikh lahir kite ??
Kali ni aku nak ajak korang main kire²..
guna la ape pon nak mengira. sempua, kalkulator casio fx-570MS pon bole..
tp adik aku kire gune jari jer...

Contoh kiraan dari tarikh Lahir:

Contoh tarikh Lahir
(23.02.1982)

Sikap & perwatakan (23)
= 2 + 3
= 5

Visi (23.2.1982)
= 2 + 3 + 2 + 1 + 9 + 8 + 2
= 27
= 2 + 7
= 9

Sifat Dalaman / bakat (hanya jika dipupuk)
= Sikap + Visi = sifat dalaman
= 5 + 9
= 14
= 1+4
= 5

------------------------------------

Definisi ringkas.

No 1 = Pemimpin
Layak menjadi seorg pemimpin, namun jika visinya pemimpin tanpa disokong no 5 (boleh berunding) akan berasa sedikit gila kuasa.

No 2 = Lembut
Kita boleh lihat no 2 pd sikapnya yang lembut, namun jika no 2 pd sifat dlmn, dia mudah mengaku kalah dan terlalu lembut tanpa org lain sedar. Oleh itu, org yg memiliki no 2 pada sifat lembut harus berusaha menjadi lebih kuat dan pendirian tetap.

No 3 = Kemas/Cerewet
Cara pengurusannya amat teliti namun ada sesetengah org yg terlalu cerewet. Visinya yg kemas tanpa disokong no 4 (rajin) akan menjadi seperti biasa shj.

No 4 = Rajin
Sikap rajinnya amat terserlah, Visinya yang rajin mampu membuat sebarang kerja atau apa bidang sekalipun dan mampu mengeluarkan idea2 bernas lain drpd org lain.

No 5 = Boleh Berunding
Sikapnya boleh berunding dan senang berurusan dgnnya, namun dia juga dipengaruhi no-no lain pd visi dan sifat dlmn. Mampu berkomunikasi dgn org lain secara diplomasi.

No 6 = Angin
Sikapnya seperti angin, jika kita tiup angin, dia akan pergi, jika kita sedut angin, dia akan dtg. Maksudnya di sini, dia tidak begitu tetap pendirian. Sesiapa yg mempunya no 6 pd visi, dinasihatkan duduklah di sebelah org yg positif kerana anda mampu menjdi seorg yg hebat drpd org yg menyokong anda dan jika duduk sebelah org negatif, hancurlah anda.

No 7 = Patuh
Seorg yg sgt patuh pd sikap, kalau visinya patuh, kira bguslah boleh mendengar kata nasihat2 org dan harus dipraktikkan, namun jika sifat dlmnnya patuh, jgnlah terlalu menunduk dan menyerah kalah.

No 8 = Berniaga
Org yg mempunyai no ini mmg suka berniaga, suka tgk duit dan mampu mengembangkan harta, dll. Hati2 jika no 8 jatuh pd sikap kerana semua bisnes dia mahu ceburi tanpa focus dan menjayakan sesuatu. Visi 8 mampu bekerja keras dlm berniaga dan itulah kerjaya sebenar. Yg paling bgusnya jika sifat dlmnnya no 8 (jrg org ketahui) bhw dia mempunyai bakat dlm perniagaan.

No 9 = Glamour
Glamour di sini bermaksud berani menonjol diri, pandai berkomunikasi, pandai bergaya. Visi glamour mampu dan berani menceburi bdg2 spt penyiaran, penyanyi, peguam, dsb. Jika sifat dlmnnnya 9, jgn la terlalu branded style jika tidak disokong sikap dan visi yg tertentu.

----------------------------------
Dari pakar psikologi & Dr fadhilah kamsah pernah menerangkan kaedah pengiraan ini

Rahsia Kiraan Tarikh Lahir

1hb - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping itu minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar ataupun tiupan seruling khas untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai citarasa yang sama dengannya. Kira sesuailah tu!

2hb - Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan berputik pula ..

3hb - Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah dan ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersamamu. Apa kata kamu berkongsi minat dengan si dia. Barulah kamu dapat memahami sikap si dia.

4hb - Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Hah! Senang saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bercadang untuk melakukan sesuatu perkara, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakkan padanya. Katakan yang si dia mampu untuk melakukan perkara tersebut. Dengan semangat yang kamu berikan itu pasti si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.

5hb - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah laku si dia terutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu untuk memiliuh kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu yang mengorak langkah dulu!

6hb - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Apa kata kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan susah ataus senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!

7hb - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia dalam mood yang baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia 'makan' nasihat

8hb - Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu perlu bijak untuk memancingnya dengan topik-topik yang tip top agar si dia tahu yang kamu seorang yang berotak!

9hb - Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe...

10hb - Seorang yang jujur, berterus terang dan akan beruasaha
mendapatkan apa yang diinginnya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang murung

11hb - Mementingkan kerjaya adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata kalau sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menhadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, janganlah terlalu memikirkan sosial kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja .. sampai mati pun tak habis!

12hb - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je, seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring...

13hb - Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama
mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain

14hb - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu berpelung mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi seluruh keluarganya.

15hb - Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

16hb - Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yang romantik dan penyayang. Tapi awas! Jika kamu tersilap langkah mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar untuk didekati. Untuk mendekatinya, seseorang itu haruslah bersikap lemah lembut dan pendiam

17hb - Lembut. Sekali pandang mungkin kamu menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk mendekatinya? Senang je ... ambil berat dan jangan ambil peluang di sebalik sikapnya yang lembut.

18hb - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu. Tentunya kamu terpaksa berjam-jam lamanya untuk si dia menyiapkan potretmu. Time nilah kamu kena maintain ayu!

19hb - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya kamu melayannya seperti baby. Melalui lirikan dan senyuman manjamu sudah cukup untuk menawan hatinya. Bukan itu saja, kamu juga kena selalu memberinya kata-kata puitis padanya. Jiwang karat le pulak!

20hb - Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi yang mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya. Kamu juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit yek! Ia takkan membantu kamu untuk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati si dia untuk mengetahui rahsia yang disembunyikan itu.

21hb - Sering bersikap 'moody' tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. Kamu hanya perlu tahan dengan sikapnya sekiranya mood si dia berubah. Bagi kamu yang jenis sempoi dan tak kisah amat sesuai untuk mereka yang bersikap moody .

22hb - Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu seseorang agdis. Ini bukan bermakna kamu kena pujuk rayu pada si dia. Jatuhlah maruah, beb! Tapi kamu kenalah lemah lembut dan sopan santun bila berhadapan dengan si dia. Kontrol ayu!

23hb - Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawan-kawannya. Walaupun adakala sikapnya itu membuatkan kamu makan hati, kenalah kamu bertahan kalau benar kamu sayangkannya. Nak tahu bagaimana hendak menawan hati si dia? Senang saja, apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit punya!

24hb - Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Kamu tentunya tidak mahu si dia menganggap kamu seperti kekasihnya yang sebelum ini pernah melukakan hatinya, jadi kamu harus membuktikan yang kamu lain dari yang lain. Misalnya setia dalam perhubungan jangan pandang lelaki lain ketika bersamanya.

25hb - Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau kamu pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagi perhubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh pula. Haru!

26hb - Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang berkarektor dan tahan lasak. Apa kata kalau kamu mengajak si dia melakukan aktiviti lasak seperti payung terjun. Pasti si dia menyukainya. (cam g*****g)

27hb - Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental. Kamu pula jangan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia akan mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga perlu melaksanakan janjimu sekiranya
berjanji dengan si dia

28hb - Si dia suka memerintah. Teruslah macam ni. Kamu perlu tahu mengawal perasaan kamu sekiranya si dia bersikap begitu terhadapmu. Apa kata kalau kamu mengikari arahannya dan katakan padanya mengapa kamu berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini, dapat mengubah sikapnya itu

29hb - Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat-buat jual mahal dan tentunya si dia ingat kamu ni jenis yag susah nak di tackle. Tentu dia rasa tercabar dan akan cuba mendekati dirimu. Apa lagi ...

30hb - Seorang yang boros berbelanja terutamanya 'memekapkan' kereta kesayangannya itu. Rapati dirinya dan kalau boleh beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. Tentu dia terfikir kamu seorang yang merancang untuk masa depan

31hb - Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpesonaliti. Kamu? Kenalah mengubah penampilan. Kalau selama ini kamu gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah stail. Lebih up to date dan trendy

kopipes dari: istimewa2u

Doa Keampunan

Thursday, September 18, 2008

Ada apa dengan 18.09.08

1st of all, pinjam ayat a.k.a kopipes "Ada apa dengan . . . ." agak² nak kene kredit ke ?? hehe..

Seperti dua-tiga hari lepas, kuar rumah kul 7.30 pagi dgn harapan LDP tk jam.. tp harapan tinggal harapan.. jam manjang sampai ke sunway.. biasa nye mmg aku tk lalu sunway. tp pasal nak biasakan, aku lalu jugak la.. biasa mmg aku realistik jalan mmg tkkan jam.. tp mcm biasa, ke'realistik' kan tu mmg tkde.. smlm je la kot yg tk jam.. pasal selangor cuti Nuzul Quran. walopon aku keje kat s.alam, tp boss aku yang 'baik hati' tu soh keje jugak. (baik hati = kene jack sket, dgn harapan spt la bonus sblm raya ni).. aku tetap optimistik dan mengharap harapan aku kali ni realistik..

sampai ofis kul 9.15 lebih kurang..

[u dtg je kul brape yg u suke, sini tkde punch card, janji kerja jalan]

so memang tkde masalah la..

sesampainye kat opis dgn berprinsipkan:

[u nak menular kemane pon ikot suke u la, janji keje yg bos nak siap]

aku membuka drawing electrical utk projek FRIM MTDC. Tgk la ape² yg patut. Tgk sizing cable, connection between MSB to DB's, Feeder Pillar etc.

Tgh dok belek² drawing, manager masuk bilik yg aku duduk ni, yg sememangye penuh dgn drawing..

"min, roslee accident pagi tadi" (time tu jam hp nokia aku kul 10.00 pagi, jam tangan aku mane ntah aku letak. kire hari ni mmg tk berjam tangan la).

Roslee ni supervisor aku masa keje kat Masjid Putra. Brader ni bagus la. Sume bende yg aku plan sume jalan dgn baik.

Apa lagi, aku terus tinggal kan drawing².. aku mintak izin nak gi Hospital Putrajaya. manager aku ok je, lepas kan aku pegi..

sblm gerak tu singgah jap kedai printing, print lagi 2 drawing.. ape² hal pon kene siap kan as built drawing sblm meeting next week.

Bahagian Kecemasan Hospital Putrajaya

Aku stay kat Hospital tu sampai kul 3 petang. Roslee masih lagi kat bilik Operasi. Aku sempat jugak la borak² ngan wife dia. saje ajak borak, tknak bagi dia dok pk sgt hal ni, nnti sedih plak..

Ferrari 'WRR1' - Impian

Memandangkan aku tk solat zohor lagi, aku pon mintak izin la kuar sat. solat kat Masjid Putrajaya.. pastu jumpa la dgn kete idaman aku.. sempat la snap 1 pic. dgn harapan yg realistik ditambah dgn aku yg cukup optimistik, kete 'tu' bakal jadi milik aku.. ekeke.. berangan tak hengat!!!

p/s - semoga abg roslee cepat sembuh dan kembali utk 'berperang'

Competition

Pay no attention to what the critics say; no statue has ever been erected to a critic.
~ Jean Sibelius

Wednesday, September 17, 2008

Sengsaraku keranamu

Biarlah aku luah segala, pahit getir yang aku pendamkan. Moga terfikir sayang sengsaraku keranamu. Dahulu pernah engkau berjanji akan setia ke akhir hayat. Kita merancang bina mahligai atas dasar cinta suci...

Dari hari ke hari semakin sayang padamu. Apa saja yang kau mahu aku kuturutkan. Kau pintaku jujur selalu dan setia bersamamu, walaupun adakala hatiku kau guris..

Sedangkan aku menunggu hari yang baru bahagia, kau pula berubah fikiran. Mudahnya kau memutuskan hubungan, sedangkan kau belum tunaikan impian kita.

Hari ini kau gembira mungkin esok kau berduka. Ku berserah pada tuhan.... menentukannya...

~ Lemon T, Kekasihku Diambil Orang

Sunday, September 14, 2008

Dunia Baru

15.09.08 bermula la episod baru dlm hidup aku.. aaahhh..

tktau nk tulis apa dah.. tggu je la ape kesudahannya..

Sunday, September 07, 2008

Gara² Tak Suka

Posting kali ni aku nk sambung posting yg lepas.

1.16 pm - masuk waktu zohor dan juga solat jumaat bagi Putrajaya dan kawasan yg sewaktu dengannya.. Jumaat kali ni berbeza dari Jumaat yg lepas².. pasalnye buat kali pertama dlm sejarah dunia, Masjid Putra Putrajaya ber 'air cond'.. sejuk la org kata.. kalo idak menteri² pon berpeloh solat kat sini.. ye la, kalo berbaju melayu tu, butang sampai ke halkum. nak nampak segak la tu.. hehe..

2.40 pm - setelah kemas² ape yg patut, aku bergegas ke Shah Alam. Kalo ikotkan meeting kul 3.00 pm. kire aku dah lewat jugak ni. dgn kereta kerabat aku tu, aku tekan selaju yg mungkin. idak le laju mane pon. takat 140~150km/j jer..

3.15 pm - dek kerana ade sekatan polis n kesesakan kat depan kilang gula batu 3 tu, aku sampai kat tempat dituju tu dlm kul 3.15 pm.. lewat 15 minit.. dengan gaya yg agak mengah, aku pon masuk la bilik meeting tu. Director & beberapa (2~3 org kot) manager dok tunggu aku.

"u dah tau ape² ke?" director aku mulakan perbualan.

"tau ape nye boss, sy tk tau" aku pon dah mula blur.. mengah tk abih lagi ni..

"kite nak pindah kan u. by 15th ni u kene lapor diri kat kita punya syarikat construction. u kene jaga projek, 1 kat kepong dan 2 kat Kelantan"

"Kelantan?" adoi yai.. aku dah mula serabut.. ape hal la plak tibe² kene tukar ni..

"Memandangkan beberapa projek kita dah tamat, kita terpaksa re-construct our organization. Memandangkan En. Iskandar memerlukan electrical engineer utk assist dia dlm 3 projek ni, kita nampak u top of the list" ceiss, ayat pancing.. aku senyum je la.. top of the list.. cam hebat la konon..

adoi yai.. Kelantan bukannye dekat² punye tempat.. kepong~kelantan, peerhh.. lagi la. camne aku nak monitor projek² ni?!

Syarikat construction tu dekat shah alam jer.. dekat² pon, duit minyak tol kene kire jugak.. tol RM8.00 pegi balik.. minyak, dgn kete kerabat aku tu mau Rm20.00 sehari. kalo sebulan, camne la gaya poket aku ni.. pastu dgn ulang alik Kelantan.. mak aii.. sakit beb..

Paling² tidak, keje kat Putrajaya cam skrg ni dpt la jugak save bajet..

time dok sorang², teringat orang penah kata kat aku "ko jangan.. yg kita tk suka tu la yg kita akan dapat"

aku redha dgn ketentuan tuhan.. pasrah.. adoi yaiiiiiiiiiiii...

kenapa mesti 15hb, tk tunggu 30hb jer?? konspirasi ke?!! jeng.. jeng.. jeng..

5.00 pm - balik je la.. pening kepala aku..

Friday, September 05, 2008

Gara² Kura² Aku Jatuh Cinta

tentetif hari ini (hari ini dalam sejarah)

8.00 am - mcm biasa sampai ofis... check attendance sape punye syif pagi tu.. cam haram.. 2 org je dtg, walopon kat jadual patutnye ade 5 org.. mood pagi tu ade kacau sket la.. org kata baik jaga kambing dari jaga anak² org yg tk reti bahasa ni..

8.30 am - masuk bilik kuliah 2, mengaji Al-Quran reramai (mane nak carik tempat keje yg hari² dpt ngaji Quran) mmg ahli syurga la.. InsyaAllah.. pastu dpt info last² minit (selalu pon mmg mcm ni), ada 2 meeting hari ni:
  • Installation Wifi
  • Installation Kiosk/ CIMB ATM Machine
9.00 am - pegawai ni dok bg tau meeting wifi kul 10 am. planning aku nak balik ambik walkie talkie (bukan utk ulat bas ekspress) tergendala. pergerakan jarum jam se-akan² tk bagi aku balik. walkie talkie yg dok ada kat ofis suma dah jahanam.. dek kerana walkie talkie yg kecik ni, keharmonian rumah tangga pon bole caca merba.. dok pikir² balik, tk yah la balik.. tkpa, nnti aku kasi inform sama budak² aku (bukan anak kambing). pegawai ni dok sambung lagi kasi informasi, meeting kedua hari ni akan berlangsung jam 3. 2nd meeting ni mmg tk dapat la nak join, pasal ada 'bapak' segala meeting menunggu di Shah Alam.

10.00 am - aku dok terpacak depan bilik mesyuarat. tkda sorg pon. aku silap bilik ke ape.. tibe² 'trooooot.. toooot' getaran menandakan ada sms masuk "Bro, kul 11.30 baru dia sampai".. ceiss.. byk lagi keje lain aku nak kene setel.. ni pon informasi last² minit.. mmg haram..

10.30 am - naik 'atas'. tgk budak² ni dah setup P.A System ke blom.. kat 'atas' tu ade la dok tgk minah bunga ngan minah cota dok lepak² kat 'dalam' tu.. dah la dlm tempat suci ditambah plak dlm bulan pose, tk abih² nak gossip.. gitu la cerita hidup minah² ni.. siang malam dah mcm URTV.. 'kring² jawab la'.. hehe.. salam Ramadan Pak Nil (jgn lupa nonton kat Astro Ria). P.A System dalam bhs melayunya ialah sistem siaraya (perkataan ini akan digunakan dalam penceritaan seterusnya). sistem siaraya berada dlm keadaan memuaskan. hanya memuaskan!!! tidak pd tahap terbaik.. kalo nak sistem mcm sure heboh tu kasi la keluar 500k.. ni 30k pon dah kecoh.. ibarat keluar duit dok beli spot rim 17", pastu dok tanya mana kereta ferrari aku?! ada akai ka? ada bunyi tu kira ok la.. aku pon dah malas nak ambik pusing.

11.30 am - meeting Wifi.. lepas installation ni siap, sekitar 250 meter persegi akan ada signal internet.. now everyone can surf.. dalam 2 minggu siap la.. meh ramai² dok sekitar tempat suci ni.. banyak pahala.. ada je 'seruan' masuk la dalam (sejuk, dah ada air cond). tinggal kan 'yahoo messenger' tu.. jap gi bole sambung balik..

12.30 pm - masuk 'dewan' dgr ceramah agama sebelum solat jumaat. apa yg aku boleh simpulkan drpd ceramah ustaz tu, kita kena bezakan bulan Ramadhan ni dgn bln² yg lain.. ibadat kita pd bulan Ramadhan ni kena lebih dari bulan² yg lain.. kalo sama jer, rugilah mereka² yg berkenaan. tidak reti memanfaatkan bulan ni.. kalo dalam bulan² lain, ada setan dok halang kita solat sunat. skg ni kalo ade yg tk gi solat tarawikh, sape plak yg halang?? (Nabil, pls take over).. LU PKIR LA SENDIRI.. tp ustaz tu tk suruh mcm tu pon..

sambung jap lagi.. gi toilet jap

Wednesday, September 03, 2008

Cilakatoi

cilaka tol... abih hilang suma template aku.. cinabeng !!! haram jadah !!!

Mari Membasuh Kereta



Dah lama tak basuh kete.. Alang² dah kuar gi Giant, borong ler bende² ni.. Next posting nnti aku nak attach kan hasil pembasuhan 'Magic' ni.. kalo idak kilat tk tau le teman..

Monday, September 01, 2008

From Australia With .......

Agak² bole dpt tak sebelum raya nanti? Ape² hal pon kene survey gak harga kat M'sia ni..