Tuesday, July 01, 2008

Penyair Cinta

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Alhamdulillah, hidup lagi kita hari ni.. masih terus bernafas. Masih mampu menelek blog khalifah Allah ni.. hehe.. Dan masih lagi mampu menikmati nikmat dunia kurnian Tuhan yang Maha Esa.

Sebagai permulaan dalam mem'blog'kan diri pada bulan Julai 08 ni, aku just nak 'kopipes' je lirik; Penyair Cinta nyayian kumpulan Gamma. Gamma merupakan kumpulan rock kapak yang se-angkatan dengan kumpulan rock 80'an yang lain seperti band Menara, Melissa, Mutiara dan Gersang. Secara peribadinya aku memang meminati genre muzik seperti ni. Lirik tangkap puitis.. Rock Kapak Never Dies.. hehe

Gamma :: Penyair Cinta

Aku memang tak segagah indera putra
Penuh sakti, kacak serta gagah berani
Tak sehebat Hang Jebat
Tak sesetia Hang Tuah
Tapi aku tetap aku

Aku ini bukan wira tidak juga
Sasterawan anugerah negara
Ku hanya penyair cinta
Dibuai impian bertemankan
Perasaan...

Bersenjatakan kertas dan pena
Kasih-sayangmu
Ingin rasanya kutawan
Tapi sayang hanya sekadar
Di dalam tulisan

Dalam kenyataan kenapa cintaku
Tak kau perhatikan kau anggap khayalan
Bagaimana harus ku membuktikan lagi
Agar kau percaya kata-kataku

No comments: