Friday, July 04, 2008

Kembara England 2

Bersambung..

Walaupun aku sebenarnya mempunyai 5 orang adik beradik (Ketika itu), tetapi hanya 4 orang sahaja yang mengikuti ekspidisi bapak aku ke sana untuk menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Pendidikan. Major in Mathematics.. (Ya, off coz la.. kami ni anak cikgu).
Time tu abang aku yang sulong (Ah Long) tak ikut, pasal bapak aku suruh dia ambik exam (PMR) kat Malaysia. Sian beb, tapi abang aku ni jenis hati kering gak la.. Kalau aku la, dah meronta-ronta nak ikut kut.. Result PMR abang aku tu kira ok2 la. Kalau mak bapak aku kat samping dia masa exam tu, 20A's pun abang aku boleh dapat. Tara tipu punya.. Yakin boleh.. Rakan muda.. (Ah long aku sekarang ni dah jadi pegawai dalam kat satu jabatan kerajaan.. Alhamdulillah.. jadi gak orang)

Untuk lebih tepat, sebenarnya bapak aku melanjutkan pengajian ke University of Leeds. Tempoh pengajian hanyalah 1 tahun. Jadi kesempatan untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam tempoh tu agak terhad. ok2 je la, bole la cakap sket2.. itu pon broken English je (Loghat Yorkshire). Aku rasa, kalau aku kat sane 2~3 tahun, mungkin aku mampu berbahasa inggeris dengan baik. Paling2 tidak pun dapat bercakap macam Mahathir Lokman, ok kot.. Hehehe..

to be continued..

No comments: