Sunday, August 17, 2008

Lawatan Tidak Rasmi Ke Bukit Melawati


KUALA SELANGOR 10 Ogos - Tak semena-mene aku dipaksa untuk ke Bukit Melawati. Tapi syok gak la.. Dah dok kat selangor ni dah lebih 20 thn, tp tak penah pon jejak bukit tu. Dah alang-alang sampai Kuala Selangor ni dan diugut-paksa oleh 'pakatan' Wak Pijol-Sharum-Apek, aku gi jugak la. Dalam keadaan yang tak berapa nak sihat tu, aku gagahkan demi kawan2... hehe.. Dah sampai atas tu baru la aku tau nape bdk2 ni nak sangat naik. Rupa2 nye nak jumpe 'kaum kerabat' diorang.. hehe.. Tiket RM2.00 utk pengangkutan naik ke atas. Aku taktau nak panggil ape kenderaan tu. Open bus kot.. Tgk la gambar yang aku attached kan tu.

Ni serba sedikit info pasal Bukit Melawati:


Bukit Melawati terletak di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor, menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia. Bukit menarik merupakan kawasan rekreasi yang sangat menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung .

Bukit Melawati pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad pindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.

No comments: