Sunday, August 24, 2008

Liverpool gah


LONDON: Steven Gerrard melengkapkan kebangkitan menakjubkan Liverpool apabila ledakan gol masa kecederaan mencuri kemenangan 2-1 ke atas Middlesbrough tatkala Djibril Cisse menjaringkan gol pertama buat Sunderland mengejutkan Tottenham 2-1, malam tadi.

Barisan Rafa Benitez kelihatan menuju kekalahan liga pertama di Anfield sejak Disember apabila penyerang Mesir, Mido menjaringkan gol pada minit ke-70 tetapi dengan baki empat minit, pertahanan Middlesbrough, Emanuel Pogatetz menampan percubaan Jamie Carragher ke dalam gawang sendiri.

Gol itu membuka laluan buat kapten Liverpool, Gerrard untuk mencipta keajaiban minit terakhir apabila merembat kencang ke sudut atas gawang dan mengangkat Liverpool ke puncak persada selepas dua kemenangan berturut-turut.

sumber: Berita Harian

No comments: