Sunday, August 17, 2008

Selangor Mara Ke Final Piala Malaysia 2008




LAWAN



Johor FC - 1 (Walter Ariel Silva, m-35)
Selangor - 0
(Selangor layak ke akhir, agg 2-1)

PASIR GUDANG 16 Ogos - Selangor the mighty reds giant, akhirnya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan pada 23 Ogos 2008 di Stadium Bukit Jalil. Walaupun game malam tadi tidak menunjukkan sebarang 'kelebihan' yang ada untuk dibawa ke Bukit Jalil nanti. Selangor layak ke aksi akhir dgn agg. 2-1 setelah tewas 0-1 pada perlawanan yg disaksikan ribuan penyokong 'the orange'. Safee Sali kerap kali memberi aksi yg mengecewakan tatkala peluang yg terhidang seharusnya menghadirkan jaringan. Bek kanan yg dikepalai oleh D. Surendran kerap kali menjadi lubuk utk Edy Helmi melakukan larian seterusnya membuka ruang utk jentera serangan Johor FC mencipta jaringan. Gol tunggal yg dijaringkan oleh Walter Ariel Silva juga berpunca daripada larian Edy Helmi yg 'memperbodoh'kan D. Surendran..

Ape2 hal pon, alang-alang dah layak ke aksi final ni, harapan penyokong merah kuning tetap tinggi. Selangor bakal berdepan sama ada Terengganu atau pon Kedah. Perlawanan T'ganu-Kedah hanya akan berlangsung pada malam ini (17 Ogos 2008). Kalo ade yg bertanya, aku nak sgt T'ganu yg layak ke final, pasal kedah ni liat sgt nk dikalahkan.. hehe.. Tp 1st leg diorg dah mng 3-0.. Mmg agak payah la impian aku ni nak jadi kenyataan. Tp ape2 pon bola tu ttp bulat..


Malam ni jugak akan berlangsung perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik, Lin Dan-Chong Wei. Confirm best game malam ni.. 2 game final yg brlangsung smlm, (Double lelaki & Mix) menyaksikan tembok kebal China berjaya dirobohkan Indonesia. Harap2 malam ni, tembok kebal China akan terus dirobohkan.. Insya'Allah.. MALAYSIA BOLEH..

No comments: