Sunday, August 17, 2008

Chong Wei Sekadar Perak


BEIJING 17 Ogos - Harapan pemain utama perseorangan negara yg juga pemain no. 2 dunia Lee Chong Wei untuk terbang lebih tinggi disekat oleh Lin Dan. Hajat 22 juta rakyat Malaysia utk menyaksikan Chong Wei menjuarai pertarungan akhir bertemu seteru tradisi dari China Lin Dan tidak kesampaian. Lin Dan yg juga pemain no. 1 dunia mng mudah, straight set, 21-12, 21-8 hanya dlm tempoh 38 minit. Ternyata Chong Wei tidak berada pada prestasi terbaik, seakan mudah diratah Lin Dan. Dengan suasana stadium gimnasium Universiti Teknologi Beijing sesak dgn penyokong tuan rumah, tekanan seharunya dirasai oleh Chong Wei.. Namun ucapan tahniah harus diberikan kpd Chong Wei yg memberikan aksi yg menarik sepanjang kejohanan. Dengan pingat perak yg diperolehi yg mungkin juga pingat tunggal utk kontinjen Malaysia pada kejohanan olimpik kali ini, Chong Wei bakal menerima insentif drp kerajaan Malaysia berjumlah RM300,000.00..

Aksi 'Super Dan' pada perlawanan akhir ini mmg cukup superb. Kepantasan menyerang sering kali membuat penyokong Malaysia tak senang duduk.. hehe. Termasuk lah aku. Mmg Channel 812 mnjadi haluan ketika kedudukan Chong Wei semakin 'ditekan'. Tgk Chelsea vs P'mouth sambil menunggu keputusan separuh akhir kedua Terengganu-Kedah secara on-line (spbo.com) bagi meredakan tekanan. Dgn sejarah pertarungan Lin Dan berjaya memenangi 9 dari 15 pertemuan sblm ini, kejayaannye pd mlm ini mmg tak boleh disekat..

Utk aksi petermuan separuh akhir ke-2 Piala Malaysia plak, dimenangi oleh kedah dgn agg. 3-2 setelah tewas 2-0 di gelanggang lawan.. Kedah akan bertemu Selangor pada perlawanan akhir nanti yg di jadual kan pada 23 Ogos 2008 (Sabtu). Tiket utk aksi final ini bernilai RM20.00 yg akan mula di jual pada hari Jumaat, 22 Ogos 2008 sehingga perlawanan bermula.

No comments: